Rumah kayu hangus dijilat api

  • 2 tahun lalu
Sebuah rumah kayu di Kampung Bendang Baru, Jalan Penarak Kuah, Langkawi hangus dijilat api dalam kebakaran yang berlaku pukul 2 petang Ahad.

Pihak bomba yang tiba 10 minit selepas kejadian dibantu oleh orang ramai untuk memadamkan kebakaran.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam tragedi kebakaran itu.