#AWANIByte: Kerajaan perlu lihat had penglibatan penjawat awam berpolitik

  • 2 tahun lalu
Kerajaan perlu melihat had penglibatan penjawat awam dalam politik selari dengan pekeliling sedia ada yang membenarkan hanya kumpulan gred 48 ke bawah untuk menyertainya.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Adnan Mat menegaskan, kerajaan sendiri sudah memasukkan ramai orang politik di dalam pentadbiran seperti pegawai khas, setiausaha sulit dan setiausaha politik yang menggambarkan dua segmen itu tidak dapat dipisahkan.