Kongres AMK kecoh, bekas Pengerusi Tetap dihalang masuk

  • 2 tahun lalu
Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) 2019 pagi ini dicemari dengan insiden pergaduhan apabila pihak keselamatan cuba menghalang bekas Pengerusi Tetap AMK Mizan Adli Md Noor dari memasuki tempat persidangan.

Selain itu, pihak keselamatan turut cuba menghalang Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang Dr Afif Bahardin dari memasuki kawasan berkenaan, menyebabkan berlakunya pertembungan dengan penyokong individu berkenaan.