Bekas pengarah Kastam dibebaskan

  • 2 tahun lalu
Bekas Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan, isteri dan seorang lagi lelaki dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu, hari ini selepas lima hari ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung pembalakan, perlombongan haram dan penyeludupan.

Bagaimanapun rakannya seorang ahli perniagaan yang bergelar Datuk Seri berusia 42 tahun disambung reman selama dua hari bermula hari ini.