Perhalusi tawaran pembangunan Kampong Bharu

  • 2 tahun lalu
Kedudukan Kampong Bharu yang terletak di tengah-tengah arus permodenan bandar Kuala Lumpur menjadi faktor selayaknya pemilik tanah mendapat sejumlah harga yang munasabah.

Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu, Syed Badli Syed Osman berkata, andaian harga yang difahamkan dilihat kurang sesuai dengan kedudukan semasa tanah yang sangat berpotensi untuk dimajukan dengan projek berimpak tinggi.