Skandal seks menteri: Tun M nafi bercanggah pendirian

  • 2 tahun lalu
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan dakwaan bahawa beliau telah membuat pendirian bercanggah susulan skandal seks melibatkan menteri Kabinet sewaktu pentadbiran terdahulu dan ketika ini.

Menerusi muat naik artikel di blognya, chedet.cc yang bertajuk 'Contradiction' atau bercanggah, Dr Mahathir menegaskan bahawa beliau tidak mahu terlibat dalam politik kotor tersebut.