Beri ruang bahas penangkapan tiga pegawai SPRM - Anwar

  • 3 years ago
Ketua pembangkang Anwar Ibrahim memohon Speaker Azhar Harun membenarkan Dewan Rakyat membahaskan mengenai penangkapan tiga pegawai SPRM kerana menyeleweng berhubung kes melibatkan seorang bekas ketua pengarah jabatan.

Terdahulu Fahmi Fadzil (PH-Lembah Pantai) telah mengemukakan usul itu semalam agar perkara itu dibahaskan di Dewan Rakyat, dengan mengatakan ia merupakan kes penting dan mempunyai kepentingan awam.