'Tuanku berjiwa rakyat, orang mewakili rakyat pula tidak berjiwa rakyat'

  • 3 years ago
Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah memuji Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang memanggil sidang parlimen diadakan segera dengan menyifatkan baginda sebagai berjiwa rakyat.

Namun katanya, pemimpin-pemimpin yang mewakili rakyat pula yang tidak berjiwa rakyat dengan melengah-lengahkan persidangan parlimen.

Justeru, beliau mencadangkan pemimpin-pemimpin tersebut tidak lagi memegang jawatan kerana tidak menjalankan perintah Agong.

Sumber video: https://www.facebook.com/tengku.razaleighhamzah/videos/247564970467754