'Letak harga kepada kepala penerima bantuan? Itu sudah melampau!'

  • 3 years ago
Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya terhadap tindakan pensyarah kanan Universiti Utara Malaysia, Kamarul Zaman Yusoff yang melemparkan tuduhan berterusan.

Dalam satu sidang media hari ini, Sim berkata dia boleh menerima serangan politik ke atasnya namun tidak jika ia ditujukan kepada seorang penerima bantuan.

"Dia nak lawan saya, saya boleh terima. Apa yang saya tak boleh terima ialah dia meletakkan harga ke atas kepala seorang penerima bantuan. Itu yang saya tak boleh terima!," tegasnya.

Beliau mengulas tindakan Kamarul yang menawarkan saguhati sebanyak RM2000 kepada mana-mana individu yang boleh memberi maklumat peribadi mengenai seorang penghantar makanan yang menerima bantuan daripadanya dua minggu lalu.

Sidang media tersebut turut dihadiri penghantar makanan tersebut yang mendedahkan namanya sebagai Anas Hazmi Ahmad.

Kamarul sebelum ini menuduh Sim mensensasikan bantuan kebajikan kepada orang Islam dan mempersoalkan keperluan Sim menyembunyikan identiti Anas.

Sumber video: https://www.facebook.com/penangnetizen/videos/239377794632102/