'PN jangan guna Covid-19 sebagai alasan, vaksin sudah ada, segerakan PRU'

  • 3 years ago
Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan menyarankan pilihan raya umum ke-15 diadakan secepat mungkin memandangkan vaksin COVID-19 akan diperolehi Malaysia tidak lama lagi.

Katanya, pilihan raya satu-satunya jalan untuk menyelesaikan ketidakstabilan politik yang disebabkan Perikatan Nasional berpaut kepada kuasa yang disifatkannya “majoriti paling tipis di dunia”.

Ahmad berkata, PN tidak boleh menggunakan pandemik COVID-19 sebagai alasan untuk menangguhkan pilihan raya kerana kestabilan kerajaan perlu dikembalikan.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Pontian.

Sumber video: https://www.youtube.com/watch?v=0XWecuO_LhE