SOP Krismas_ Tiada 'caroling' tapi umat Kristian dibenar ke gereja

  • 3 years ago
Penganjuran rumah terbuka melibatkan orang ramai dan aktiviti nyanyian karol (caroling) dari rumah ke rumah sempena perayaan Krismas di semua kawasan adalah tidak dibenarkan, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Ismail juga memaklumkan bahawa umat Kristian yang tinggal di kawasan yang diletakkan di bawah PKP Bersyarat atau PKP Pemulihan dibenarkan mengunjungi gereja masing-masing pada 24 dan 25 Disember ini sempena perayaan Krismas.

Laporan lanjut: https://www.malaysiakini.com/news/555775