Kedah lulus permit teroka mineral bernilai RM60 bilion

  • 3 years ago
Sebuah syarikat tempatan yang berpangkalan di Kuala Lumpur telah dianugerahkan permit kelulusan bagi meneroka dan mengekstrak sumber mineral jenis ‘rare earth elements’ (REE) di negeri ini.

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata Kedah memiliki deposit mineral itu dianggarkan berjumlah RM62 bilion di seluruh negeri dan syarikat berkenaan diberi kelulusan itu pada minggu lepas untuk melakukan kerja-kerja penerokaan di satu kawasan di negeri ini.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan anggaran nilai deposit mineral terbabit yang terdapat di kawasan berkenaan dan bila syarikat tersebut akan menjalankan penerokaan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri, semalam.

Sumber video:https://www.facebook.com/N24MuhammadSanusiMdNor/videos/652707552070655/