Cemar Sungai Selangor- Lapan lelaki direman tujuh hari

  • 4 years ago
Lapan lelaki termasuk seorang pengarah syarikat membaiki dan menjual jentera pembinaan ditahan reman tujuh hari mulai hari ini hingga 28 Okt, berhubung pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor.

Perintah reman itu dikeluarkan ke atas kesemua suspek oleh Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan di Mahkamah Majistret Selayang di Kuala Lumpur, hari ini selepas membenarkan permohonan polis untuk menahan reman mereka selama tujuh hari.

Laporan lanjut: https://www.malaysiakini.com/news/547596