KKM: Penularan di Sabah memerlukan 3-4 minggu untuk dibendung

  • 4 years ago
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah meramalkan bahawa tiga hingga empat minggu diperlukan untuk membendung penularan wabak Covid-19 di Sabah.

Dalam sidang medianya hari ini, beliau menekankan wabak itu mampu diatasi dengan sokongan orang ramai, seperti yang berlaku di kluster jangkitan di Kedah dan Sarawak yang pernah dikendalikan KKM sebelum ini.