Dr Mahathir: Saya tak akan bertanding PRU15
  • 4 years ago
Dr Mahathir Mohamad tidak berhasrat untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang sekiranya dilaksanakan mengikut tempoh penggal semasa, memandangkan usianya sudah mencecah 98 tahun ketika itu.

Namun bekas Perdana Menteri itu bersedia menawarkan nasihat serta berkongsi pengalaman dengan parti yang baru ditubuhkannya, Parti Pejuang Tanah Air jika perlu.

Dr Mahathir berkata demikian ketika ditemui wakil media di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Langkawi di sini hari ini.