Dr M- Zahid Md Arip pembohong terbesar politik Malaysia

  • 4 years ago
Dalam temubual eksklusif bersama KiniTV, Dr Mahathir Mohamad menyifatkan bekas setiausaha politiknya, Senator Muhammad Zahid Md Arip sebagai pembohong terbesar dalam politik Malaysia.

Mengulas kenyataan Zahid yang mendakwa bekas perdana menteri itu sebagai individu yang tersenyum puas dengan "Langkah Sheraton" yang menyaksikan kejatuhan Pakatan Harapan (PH), katanya, bekas pembantunya itu yang mahu menukar kerajaan tetapi gagal memujuknya untuk bersama.

Pada 7 September lalu, Zahid menafikan tuduhan menjadi pencetus "Langkah Sheraton" yang menyaksikan kejatuhan kerajaan PH.

Bagaimanapun Zahid mengakui bersama pihak lain terbabit dalam gerakan menyekat Presiden PKR dan DAP serta mendakwa mendapat restu Mahathir yang ketika itu perdana menteri.

Recommended