Ex-Op Rampas- PDRM 'selamatkan' 54 tebusan di KLIA malam tadi

  • 4 years ago
Polis Diraja Malaysia daripada Unit Tindakhas (UTK) telah mengadakan satu latihan menghadapi ancaman pengganas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), tengah malam tadi.

PDRM turut berkongsi gambar-gambar latihan tersebut di laman Facebook rasmi pasukan itu.

Latihamal Serbuan Kapal Terbang (Ex- Op Rampas) UTK itu dibuat pertama kali tahun ini selepas terpaksa ditangguhkan akibat wabak Covid-19.

Dalam latihan tersebut, pasukan UTK berjaya menyelamatkan 54 tebusan termasuk lima anak kapal terbang yang 'dirampas' oleh sekumpulan pengganas dari negara jiran.

Sumber visual: https://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia/