Covid-19- 3 kes baru, 2 penularan tempatan

  • 4 years ago
Sebanyak tiga kes Covid-19 baru dilaporkan hari ini dengan dua daripadanya membabitkan kes penularan tempatan manakala satu lagi kes import.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, dengan penambahan kes baru itu, jumlah kumulatif kes di Malaysia kini sebanyak 8,737, manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 77 kes.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan bahawa terdapat 12 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini.

Tiada pertambahan kes kematian baru menjadikan jumlah kematian kekal dengan 122 kes.