KJ- Shabery betul tentang majoriti tipis, tapi
  • 4 years ago
Khairy Jamaluddin bersetuju dengan pandangan bekas menteri Umno Ahmad Shabery Cheek bahawa kerajaan sekarang sukar berfungsi.

Bagaimanapun menurut menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu, kerajaan Perikatan Nasional (PN) masih boleh mengendalikan kerajaan walaupun hanya dengan majoriti kecil.

Shabery, anggota Majlis Tertinggi Umno semalam berkata keputusan pengundian menggugurkan speaker - yang menyaksikan kerajaan menang tipis - menyebabkan kerajaan tidak stabil dan sukar berfungsi.