Saya akan semak semula pengguguran kes LTTE - Menteri KDN

  • 4 years ago
Kementerian Dalam Negeri akan mengadakan perbincangan bersama agensi berkaitan untuk menyemak semula keputusan bekas Peguam Negara yang tidak meneruskan prosiding perbicaraan terhadap 12 individu dikaitkan dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, beliau akan berbincang berhubung perkara itu dengan pegawai tertinggi sama ada dari Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri.

“Isu terrorisme bukan hanya masalah dalam negara, tetapi juga di seluruh dunia,” katanya ketika ditanya sama ada kes 12 individu yang dikaitkan dengan LTTE perlu disemak semula.

Beliau berkata, tindakan tegas yang diambil adalah mengikut undang-undang dan perlembagaan negara.

“Jika perlu, kita ambil tindakan tegas yang sewajarnya mengikut undang-undang dan perlembagaan sedia ada,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis Anugerah Cemerlang Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini.

Bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas sebelum ini memutuskan untuk tidak meneruskan prosiding terhadap 12 tertuduh yang dikaitkan dengan kumpulan LTTE.

Recommended