Hotel TH dipindah hak milik sebab tak untung - PM

  • 4 years ago
Pemindahan hak milik hotel-hotel Tabung Haji (TH) kepada anak syarikat milik penuh Urusharta Jamaah, UJ Property Management Sdn Bhd (UJPM) dilakukan adalah kerana tidak lagi memberikan keuntungan kepada TH.

Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata, berikutan itu TH mengambil langkah untuk tidak lagi menanggung kerugian aset-aset tersebut.

Katanya lagi, ada banyak cara lain bagi Tabung Haji mendapatkan pulangan pelaburan yang lebih baik.