TPM: Tiada lanjutan visa warga China dalam negara

  • 4 years ago
Kerajaan tidak akan melanjutkan visa warga China yang sudah ada di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Tidak, tidak boleh," katanya ketika ditanya sama ada kerajaan akan membenarkan pelanjutan visa untuk pelawat China yang sudah ada di negara ini.

Bagaimanapun, Dr Wan Azizah berkata bahawa warga China yang telah diuji positif dengan virus itu, akan tetap berada di bawah jagaan KKM untuk diberi rawatan sebelum dihantar pulang.

Beliau berkata demikian selepas melawat Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Putrajaya untuk mendengar taklimat tentang keadaan terbaru mengenai koronavirus.