Malaysia tegas hantar pulang sisa plastik rentas sempadan

  • 4 years ago
Malaysia akan terus bersikap tegas bagi menghantar pulang sebanyak 150 buah kontena sisa plastik kepada negara maju seperti Perancis, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Menurut Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim , Yeo Bee Yin, tindakan ini juga tidak melibatkan sebarang kos kepada kerajaan di mana ia akan ditanggung oleh pihak pengimport atau syarikat perkapalan.