Islam dibuli dan tiada aspirasi Melayu-Islam, Berjasa letak calon Islam berwibawa
  • 4 years ago
Mendakwa "Islam dibuli" selepas lebih setahun PH memerintah, dan calon BN pula dianggap langsung tidak membawa aspirasi Melayu-Islam, Berjasa mengumumkan mereka akan meletakkan calon bagi merebut kerusi Tanjung Piai pada 16 Nov ini.

Presiden Berjasa, Dr Badhrulhisham Abdul Aziz, hari ini diumumkan sebagai calon parti itu dan bakal berdepan sekurang-kurangnya dua calon lain, masing-masing mewakili PH dan BN.

Ditanya peluang mereka dalam PRK kali ini, Badhrulhisham memberitahu Berjasa mampu mengungguli persaingan dengan kelebihan antara 1,500 hingga 2,000 undi.

Beliau juga mendedahkan pada PRU ke-14 lalu, calon yang diturunkan PAS untuk bertanding di Tanjung Piai adalah anggota Bersaja.