LTTE : Kalau Ramasamy tak puas hati, tidak mengapa

  • 5 years ago
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan beliau berpuas hati dengan tindakan diambil Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung penahanan suspek yang dipercayai terlibat dengan perjuangan kumpulan pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) termasuk ahli politik.

Beliau juga telah mendapat penjelasan pihak polis mengenai perkara itu.

Dia juga berkata pihak polis bukan untuk menangkap beberapa mereka yang terkait dengan perjuangan LTTE.

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Dua Prof Dr P Ramasamy berkata pendirian kerajaan PH bertentangan dengan perjuangan yang diwar-warkan sebelum ini.

Semalam, Ramasamy berkata tindakan Mahathir mempertahankan tindakan tersebut sebagai pahit untuk ditelan kerana beliau sendiri pernah mengkritik Sosma yang menahan penyokong tegarnya Khairuddin Abu Hassan dan pegawainya Matthias Chang.

Sosma memboleh suspek ditahan tanpa bicara selama 28 hari.

Setakat ini, 12 Individu ditahan termasuk dua adun DAP, yang masih dalam siasatan pihak polis.