Dr M tunjuk penumbuk kepada Anwar, Anwar minta sabar

  • 5 years ago
Dr Mahathir Mohamad menarik perhatian lensa media semalam apabila melakukan aksi seolah-seolah mahu bertinju dengan Anwar apabila ditanya berkaitan isu lantikan politik.
Sebaik saja beliau menjawab soalan, wartawan bertanyakan pula pandangan Anwar mengenai isu sama. Presiden PKR itu berkata, pandangannya sama dengan Dr Mahathir.

“Awak nak kami bergaduhkah?” kata Dr Mahathir sambil menunjukkan penumbuk kepada Anwar.

Telatah kedua-dua pemimpin utama itu disambut gelak-tawa oleh semua yang hadir pada sidang media berkenaan.

Kedengaran Anwar Ibrahim berseloroh " Selepas balik Kongres Maruah Melayu, Tun lain macam (bersemangat)"!