'Pemimpin Melayu dalam PH jangan menikus mempertahankan tulisan Jawi'

  • 5 years ago
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata pemimpin Melayu Pakatan Harapan (PH) perlu mempertahankan pelaksanaan penggunaan tulisan jawi dan seni khat dalam buku teks sekolah yang dijadualkan bermula tahun hadapan.

Kata Ahmad Zahid, bantahan Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina (Dong Zong) dan Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) membuktikan mereka buta sejarah kerana tulisan jawi merupakan sebahagian daripada Bahasa Melayu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Sungai Besar pada Sabtu.

Recommended