Macam dalam sauna!

  • 5 tahun lalu
BELENGAS!

Suhu di Litar Lumba Antarabangsa Sepang (SIC) menunjukkan bacaan 36.5 darjah Celcius. Sudahlah panas, dipaksa pula menyarung jumpsuit yang ada dua lapisan. Topi keledar pun kena pakai. Tempat duduk jenis bucket pula membuatkan saya terus ‘terbenam’, hampir tidak boleh bergerak.

Begitulah keadaan saya semasa duduk di sebelah pemandu kereta lumba pasukan Proton R3 Motorsports di SIC, Selangor, baru-baru ini.

Itu belum lagi bahang enjin kereta Suprima S yang meresap masuk ke dalam cockpit. Saya diberitahu oleh krew Proton R3 Motorsports, suhu dalam kereta lumba boleh cecah 50 darjah Celcius.

Patutlah baru bergerak kira-kira 500 meter dari pit stop dan memasuki selekoh pertama, saya rasa macam berada dalam sauna!

Disyorkan