Hisham pula tunggu dan lihat

  • 5 years ago
Ahli Parlimen Sembrong Hishammuddin Hussein mengingatkan semua pihak supaya jangan sombong dengan pelawaan Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad agar semua parti Melayu menyertai Bersatu.

Sambil mencadangkan mereka mempertimbangkan pelawaan perdana menteri, Hishamuddin walau bagaimanapun, berkata ini perlu mengambilkira pandangan daripada parti lain termasuk dalam Pakatan Harapan sendiri.

"Saya akan tunggu dan lihat apa pendirian PKR dan DAP.

"Saya ingatkan semua pihak (yang) dikaitkan dengan perpaduan umat Melayu, jangan takbur, jangan angkuh, jangan sombong kerana orang tengah perhati termasuk pihak menawarkan kerjasama dalam nak bincang kesatuan ummah yang penting (untuk) masyarakat Melayu.

"Apa pula penyatuan kaum lain dalam nak hala tuju masa depan kena ambil semua sentimen inilah yang saya tekankan berapa kali sebelum ini, yang penting sekarang boleh bantu politik," kata bekas naib presiden Umno itu kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pelawaan Mahathir yang mencadangkan semua parti politik Melayu termasuk Umno menyertai Bersatu dalam usaha menyatupadu serta memperkasakan kuasa politik orang Melayu.

Pada 5 Julai lalu, Mahathir berkata, kewujudan semakin banyak parti politik Melayu menyebabkan potensi untuk mereka menang dalam pilihan raya semakin tipis.