TERKINI: "Sosial Media, usaha basmi denggi di seluruh negara" - Teo Nie Ching

  • 5 years ago
KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Malaysia berkerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Sanofi Pastuer bergabung tenaga untuk melancarkan usaha membasmi denggi di seluruh negara.

Sanofi Pasteur ialah bahagian Vaksin Syarikat Farmaseutikal Multinasional yang membabitkan beberapa sekolah bergabung untuk menentang denggi pada tahun ini dan 9500 pelajar di seluruh Malaysia menyertai Program ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, Puan Teo Nie Ching berkata, "Saya berbangga dengan kesemua peserta program Patrol Denggi yang telah memberi komitmen sepenuhnya,"

"Saya menyokong bersetuju bahawa usaha penyelesaian bagi demam denggi memerlukan kerjasama dari seluruh rakyat Malaysia dan setiap usaha memainkan peranan penting"

Program Patrol Denggi bukan sekadar meningkatkan kesedaran terhadap demam denggi, malah Kementerian juga menyifatkan usaha sebagai platform untuk pelajar melihatkan kreativiti mereka.

Program ini bermula pada Februari 2018 dan daripada 191 sekolah yang menyertai di peringkat negeri, 103 adalah sekolah rendah dan 88 sekolah menengah.

"Ini amat menggalakan dan memberi gambaran yang jelas bahawa program ini berkesan dalam meningkatkan kesederan setiap tahun,"

"Menurut statistik Kementerian Kesihatan, sejumlah 62,974 kes demam denggi dengan 108 kematian dilaporkan di seluruh negara dalah tempoh januari hingga November tahun ini"

"Ini menunjukkan penurunan sebanjak 17.2 peratus berbanding dengan 76,054 dan 162 kematian dilaporkan pada tahun lepas" katanya Teo Nie Ching.

Patrol Denggi ialah perkembangan positif dan ia merupakan hasil kerjasama semua pihak dalam menyedarkan orang ramai tentang tanggungjawab mereka.

Dato Dr Chong Chee Kheong, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, berkata " Demam denggi masih tetap merupakan penyakit yang berleluasa dan membawa ancaman serius di Malaysia".

Program Patrol Denggi berakhir pada Oktober 2018, Sanofi Pasteur akan memulakan kempen Patrol Denggi 2019 pada awal tahun depan.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com