TERKINI: Latheefa Koya digesa minta maaf atau berhadapan saman - ADUN Kota Damansara

  • 5 years ago
SHAH ALAM – Ahli Jawatankuasa Pusat PKR Latheefa Koya dituntut membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 48 jam atau akan berhadapan dengan tindakan saman kerana kerana memuatnaik hantaran berbaur fitnah terhadap kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara, Shatiri Mansor di media sosial.

Latheefa pada 16 Oktober lalu telah memuatnaik hantaran di laman Facebook menyebut nama Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan Shatiri tertera pada kupon sarapan dan makan tengah hari yang diedarkan semasa berlangsungnya pemilihan parti itu.

Shatiri yang sebelum ini bertanding sebagai Ketua Cabang Subang berkata, dakwaan tersebut telah mengundang persepsi negatif dalam masa yang sama menjatuhkan reputasinya.

“Sidang media hari ini adalah berkenaan dengan satu fitnah dan persepsi negatif yang dilemparkan terhadap saya oleh Latheefa Koya melalui posting di laman Facebook beliau bertarikh 16 Oktober 2018 jam 17:53 petang.

“Saya percaya beliau memuat naik posting tersebut dengan niat jahat dan memberi tanggapan dan persepsi negatif ahli dan rakyat secara amnya terhadap saya dan saudara Rafizi Ramli sebagai pemimpin politik dan pesaingan politik dalam tempoh pemilihan parti ketika ini.

“Disebabkan posting tersebut menjadi tular dalam media-media sosial dan ditambah pula kenyataan serta siaran media cetak termasuk akhbar berkenaan isu ini, ianya juga telah dimanipulasikan serta disensasikan sebagai modal politik untuk menjatuhkan reputasi dan kredibiliti saya oleh pesaing politik saya atau saudara Rafizi Ramli,” katanya dalam sidang media hari ini.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com