TERKINI : Bekas Presiden dan Bekas Calon Presiden UMNO Perlu Beri Ruang - Khairy Jamaluddin

  • 5 years ago
Khairy Jamaluddin bersetuju dengan pandangan bahawa Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu diberi ruang sepenuhnya untuk menjalankan tugasnya tanpa sebarang kekangan atau masalah.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata, ia penting untuk membolehkan pemimpin nombor satu UMNO dapat menjalankan tanggungjawab mencorakkan hala tuju baharu untuk UMNO.

Beliau ditanya mengenai saranan sesetengah pihak dalam parti bahawa Najib Tun Razak selaku bekas presiden parti itu perlu menjauhkan diri daripada UMNO untuk memberi ruang kepada Zahid melaksanakan tugas terhadap UMNO.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

Recommended