Najib dihampiri pelajar, sergah polis
  • 5 years ago
Sebaik sahaja perbicaraan hari keempat di Kompleks Mahkamah Bekas Perdana Menteri dihampiri seorang pelajar jurusan undang-undang yang mempersoalkan kenapa dia tidak dapat memasuki kamar perbicaraan.

Pelajar itu, menerpa ke arah Najib dan dilihat bersalaman sambil menanyakan persoalan itu.

Melihat keadaan itu, polis keselamatan menghalang dan menarik bag dan tangan pelajar itu.

Najib dengan spontan menyergah kepada polis terbabit, dengan kata -kata "dia nak tanyalah!"

Sejurus kemudian, Najib dilihat meminta maaf kepada polis yang menjalankan tugas dan berjalan memasuki kereta rasminya.

Cubaan pelajar itu memasuki kamar perbicaraan gagal dan dia berada di situ dari pagi meminta kebenaran untuk mendengar prosiding.