Kalau saya jual durian, beli lah - IGP
  • 5 years ago
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berseloroh dengan media dengan mengatakan beliau akan menjual durian selepas bersara kelak.

Jelas Mohamad Fuzi, beliau berkata persaraan itu nanti tidak dijadikan spekulasi mana-mana pihak.

Fuzi bercakap kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas menghadiri sambutan majlis memperingati penubuhan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang ke-63 di Cheras hari ini.