'Kalau PH datang rumah kita, halau!'

  • 5 years ago
Masyarakat Orang Asli di Pos Betau digesa menolak kerajaan Pakatan Harapan kerana pimpinan mereka mencemarkan maruah Orang Asli dengan dakwaan menerima rasuah sehingga menyebabkan pilihan raya kecil Parlimen Cameron Highlands diadakan semula, kata Tok Batin Kampung Betang, Ahmad Selu.

Beliau berkata demikian dalam ucapan meraikan kehadiran bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak di Pos Betau Cameron Highlands hari ini.