Hanipa sindir KJ

  • 5 years ago
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hanipa Maidin menyindir bekas Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin apabila meminta tidak memecat orang sedangkan orang yang meminta itu tidak dipilih oleh parti sendiri.

Meskipun tidak menyebut nama dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Hanipa jelas merujuk kepada anggota Parlimen Rembau Khairy, yang sebelum ini meminta perdana menteri mengekalkan menteri perpaduan P Waythamoorthy dan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.

Hanipa turut menyindir Khairy kalah dalam undian kaji selidik siapa yang lebih popular kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak setakat undian semalam yang dijalankan oleh pemimpin Umno yang dilabel Khairy sebagai lobak dan bongap.

Justeru Hanipa mempersoalkan samada Khairy adalah aset atau liabiliti.