Bersatu tak akan lebar sayap ke Sabah - Dr M

  • 5 years ago
Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad berkata parti itu tidak akan melebarkan sayapnya ke Sabah.

Namun, beliau berkata Bersatu terbuka untuk disertai orang Sabah.

"Tidak, kami tidak akan membuka sebarang (cawangan) di Sabah tetapi orang Sabah boleh menyertai parti ini," kata Mahathir kepada pemberita selepas menghadiri suatu majlis di Cyberjaya hari ini.