'Saya amat marah sekali'
  • 6 years ago
Menteri Pengangkutan Anthony Loke melahirkan perasaan marah apabila mengetahui sejumlah RM555 juta dibayar kepada dua syarikat pengendali saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) oleh kerajaan terdahulu, menggunakan dana daripada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Kata Anthony, syarikat tersebut mengaut keuntungan berlipat kali ganda walaupun jangkaan pelaburan untuk 47 buah kamera AES hanya sekitar RM10 juta.