Selepas lapor polis, KJ buat laporan ke SPRM esok
  • 6 years ago
Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin tiba di IPD Sentul, Kuala Lumpur bagi membuat laporan polis berhubung dakwaan Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengenai RM19 bilion wang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) 'dirompak' oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu.

Namun, Khairy berkata beliau juga akan membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) esok.