Saya sekarang 'bionic man', sesiapa mahu lawan ingat - Anwar
  • 6 years ago
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memang terkenal dengan pidatonya yang diselit dengan jenaka.

Dengan keadaan tangan yang berbalut Anwar berseloroh mengenai keadannya yang serupa seperti 'Bionic Man'.

"Saya sekarang ni Bionic Man kerana bahu saya ada besi. Sesiapa yang mahu lawan ingat," seloroh Anwar ketika ceramah kempen PRK Sungai Kandis di Bandar Puteri malam tadi.

Anwar baru-baru ini selamat menjalani pembedahan di bahagian bahu kanan rentetan kecederaan kaf rotator.
Recommended