'Kalau mampu kahwin 1, 2, 3 patut mampu bagi nafkah isteri'
  • 6 years ago
Skim pelaksanaan caruman KWSP untuk isteri adalah simpanan bagi masa depan sekiranya ada perkara yang tidak diingini berlaku.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata sekiranya seorang suami mampu berkahwin lebih dari seorang, bermakna suami tersebut mampu menyara kehidupan keluarganya.

Wan Azizah berkata demikian menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berhubung caruman KWSP untuk keluarga yang mempunyai banyak isteri.