Debat Ramasamy-Zakir Naik tak baik untuk perpaduan negara
  • 6 years ago
Cadangan debat antara Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy dengan pendakwah Zakir Naik tidak bagus untuk perpaduan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorthy.

Beliau berkata demikian selepas mengangkat sumpah sebagai menteri di jabatan perdana menteri yang bertanggungjawab terhadap perpaduan nasional dan kesejahteraan sosial.