RM1.3b hutang 1MDB terpaksa bayar hujung tahun ini
  • 6 years ago
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata kerajaan akan menghormati jadual pembayaran hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sebanyak RM1.3 bilion kepada pelbagai pemiutang yang dijadualkan pada hujung tahun ini.

Beliau berkata bayaran RM1.3 bilion itu adalah tambahan kepada RM7 bilion yang telah dibayar sehingga kini.