Chingay dan kuda sambut UMNO Kedah

  • 6 tahun lalu
KEPALA BATAS 4 Mei - Persembahan chingay dan pasukan berkuda menyambut UMNO Kedah ketika Larian Bendera sempena Ulang Tahun Ke-71 UMNO apabila pihak UMNO Kedah menyampaikan bendera kepada UMNO Pulau Pinang di Jambatan Merdeka dekat sini hari ini.

Simbolik penyampaian bendera itu disampaikan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah kepada Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.