Honda Malaysia perkenal City baharu

  • 6 tahun lalu
SHAH ALAM 2 Mac - Honda Malaysia meningkatkan penanda aras pasaran automotif tempatan dalam segmen sedan dengan pelancaran model City baharu tanpa peningkatan harga.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Katsuto Hayashi berkata, model segmen-B tersebut dilengkapi dengan pelbagai ciri dipertingkat daripada segmen-C.

"City baharu didatangkan dengan banyak penambahbaikan, namun harga varian E dan V tidak berubah iaitu masing-masing pada RM84,600 dan RM92,000.

"Sementara itu, harga varian S pula dikurangkan sebanyak RM1,000 berbanding varian S+ sebelum ini kepada RM78,300," katanya pada majlis pelancaran model baharu itu di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Layari Utusan Online (http://www.utusan.com.my) untuk mendapatkan lebih banyak informasi menarik dan berita terkini.