MCWEF berjaya perkasakan ekonomi wanita - PM

  • 6 tahun lalu
SHAH ALAM 6 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama-sama lebih 500 usahawan wanita dari masyarakat Tionghua meraikan ulang tahun Yayasan Usahawan Wanita Cina Malaysia (MCWEF) Ke-5 di Setia Alam di sini hari ini.

MCWEF diwujudkan pada 6 Julai 2011 yabg dirasmikan sendiri oleh Perdana Menteri ketika itu yang mana ia bermatlamatkan untuk membantu para wanita Tionghua meningkatkan pendapatan mereka menerusi pemerkasaan dalam bidang perniagaan berskala kecil.