'Siasatan 1MDB hampir siap'
  • 6 years ago
Beberapa siasatan yang dijalankan terhadap syarikat pelaburan strategik negara, 1MDB telah hampir selesai, kata pengerusi jawatankuasa siasatannya, Tan Sri Abu Talib Othman.

Beliau berkata demikian selepas bertemu Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan bekas ketuanya, Tan Sri Abu Kassim Mohamed hari ini.

Beliau berkata Mohd Shukri dan Abu Kassim yang merupakan sebahagian pasukan petugas khas 1MDB, telah memberi taklimat kepada beliau mengenai penemuan terbaru mereka.

Abu Talib berkata demikian ketika meninggalkan Menara Ilham di Kuala Lumpur, di mana mesyuarat itu diadakan.