Kit Siang: Bukan 'u-turn', itu pandangan peribadi
  • 6 years ago
Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri, Lim Kit Siang menegaskan cadangan untuk pihak media bersama-sama mencadangkan undang-undang untuk membanteras penyebaran berita palsu, menggantikan Akta Antiberita Tidak Benar 2018 hanyalah pandangan peribadi beliau.

Pada sidang media hari ini, beliau berkata idea itu bukan pendirian Pakatan Harapan untuk merangka versi Akta Anti Berita Palsu sendiri.

Kit Siang turut menafikan bahawa beliau membuat "U-turn" mengenai Akta Anti Berita Palsu ini namun menganggap terdapat keperluan untuk memerangi berita palsu yang dilaporkan di media sosial dan juga media cetak oleh itu perlu kaji jika undang-undang yang sedia ada cukup bagi membendung berita palsu

Beliau mencadangkan saluran media, Majlis Peguam dan masyarakat sivil melihat perkara itu.