Video: Iraq dahului Malaysia 2-0

  • 6 years ago
Skuad Bawah 23 tahun (B-23) Malaysia kini ketinggalan 2-0 kepada pasukan B-23 Iraq.

Gol pertama dijaringkan Mohammed Jaffal pada minit ke-5 perlawanan menerusi satu tandukan lawa menewaskan penjaga gol Malaysia, Ifwat Akmal Chek Kassim.

Manakala gol kedua dijaringkan Amjed Attwan Kadhim pada minit ke-28 perlawanan menerusi satu sepakan leret.

Sebelum itu ketua pasukan Iraq menjaringkan gol pada minit ke-23 namun dibatalkan kerana berada dalam kedudukan offside.