Aset pelaburan KWSP naik RM636.53 bilion

  • 6 years ago
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan jumlah caruman tahunan sebanyak RM57.17 bilion bagi tahun 2014 berbanding jumlah pengeluaran RM33.78 bilion, Ia sekaligus menjadikan aliran masuk bersih sebanyak RM23.39 bilion. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata walaupun berdepan dengan persekitaran pelaburan yang mencabar, jumlah aset pelaburan KWSP meningkat kepada RM636.53 bilion pada hujung tahun lepas.